haahhaahaha..korng boleh gelak kat ak tpi prinsip ak blajar dri kesilapan, so nk tau sbb ape tank simulation yang aku buat ari2 pecah2? sbb aku tertukar. salah isi value dalam rumus, ok ak tnye korang ape formula untuk water pressure? sememangnya bukan fomula 1, ianya P equal to rho gi hesh, P yakni pressure yang di cari, then rho itu ketumpatan, ketumpatan bendalir, kalau air then cri air la, kalo minyak minyak la. Untuk air, kebanyakkan org ambil 1000kg/m3, tatapi, pada pengamatan aku, kalau nak lgi accurate, density air akan berubah mengikut suhu. so kne ambil kire jugak, untuk g, g disini sebagai nilai graviti, slalunya org pakai 9.81 jer, kalo kat bulan lain la pulak, kne crik graviti bulan berapa. dan yang terakhir skali h, h nie mewakili ketinggian air tersebut, so kne taula water level 2, dalam kes aku nie, bnda nie dalam tank, so sngla nk tau brape water level die. dh dpt sume just darab je rho g h korang dptla tekanan yang korang cari. Benda nie semua ada di ajar pada budak2 skolang menengah aliran sains, dan jugak di ulang d universiti2. Namun disebabkan aku nie banyak makan semut jdi mcm niela, kene recall balik semua bnda2...akhirnya hasil titik peluh aku, result untuk simulation itu menjadi seperti.....tada...
inilah dia tangki2 simpanan air hujan (crila dalam internet)
PERHATIAN!!! jgn jdi mcm aku nie, ak boleh tertukar ketumpatan air dgn tekanan air pada paras laut (mmg mengong), mmg pecah la tank aku nie...
p/s slamat aku minat fizik dulu, senang nk recall blik..
No comments:
Post a Comment