Showing posts with label Home-made Story. Show all posts
Showing posts with label Home-made Story. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

aku lihat dengar n aku coretkn disini-1

*serius cite btol tp cerita ini telah di modified (dr segi nama)..jln cerita msh suci..-yg dlm kurungan semua ayt ak-


2003(bulan x tau)-seorg remaja lelaki, hariz yang asalnya dari sarawak namun tlah lm menetap di semenanjung m'sia bru shja brpindh blik ke sarawak. namun pulang nya ke sarawak mmg trus msok pkan koboi...(kedai tutup pkol 6)

Thursday, May 13, 2010

Jasa Seorang Guru...

name dia Cikgu Choong...ms aku bru pindah kat STAR kuching, dia PK HEM kat c2, mane dia g blh kata mesti ada rotan lbih kurng 1 meter besar duit 20sen(diameter) kat tngn die...ak knl die pon sbb ms aku daftar msuk pada bulan 3 2004, die yang smbut ak kat pejabat pengetua koz pengetua tngh mrh kat perhimpunan koz vending machine kat tepi kantin dikerjakan budak n budak 2 xnk ngaku, smpai kol 9 jugak lah bdk2 berhimpun...(kene jemur beb-slamat daftar lmbt sehari, kalo x dgn aku2 skali garing)
smbung blik ke cerita td, Cikgu Choong lah yang tlong bereskan borang2 semua, aku pon isi jelah mana yang patut..satel semua ak pon msuk klas..

beberapa bulan selepas itu....
sesi pengambila pengawas telah di buka...cikgu2 pon sibuklah calon kan nama2 yg terbaik (aku xdelah koz ak bru n terbalik bkan terbaik) so ak wat dono jelah...smggu lpas tarikh tutup sesi pengambilan pengawas baru, name semua dh kuar untuk provasion, tngh kelas ape tah aku pon x ingat, Cikgu Choong menerjah msuk ke kelas 4 al-farabi 1 (tngkat 3 tpi tngga A), dia tarik beberapa budak skali ngan aku..(eli, firdauze, faiz, lokman n aku pon x pasti) muke msing2 dh cuak..yela mane x nye semua muka pecah rumah (kecuali aku) hehehe, puas pk ape alasan wlpn x tau ape salah aku..(bengong kn?)...msuk blik die, die tutup pintu n tnye ape salah aku n yg len2..msing2 diam..then bru die bgtau niat die, die suh ak ngan dak2 len jd spy, perhatikan bdk2 yg ade name dlm pengawas n suh tngkp bdk isap rokok lah (rutin pengawas)..

dkt 2 mggu kot..then mula lah perlantikan pengawas bru (guru pengawas n yg lain2 semua x tau lgi ada name group aku td nih) bdk2 nie pon semua low profile lah, xnk kantoi ngan dak2 pengawas len...(kdng2 rase hebat dri pengawas len koz x perlu jd barisan, x perlu jg kat kantin, keje tngok org jer...ade x kn repot...)...then smpai dh nk buat majlis perlantikan Cikgu Choong pon bgtau yg die ada spy (bangga lgi) hehehe..then dri c2 lah aku fulltime pengawas, jdik ajk protokol n perhimpunan lak 2, peh PA system aku pegang beb, xde aku n group aku tros x jln program..

Dri c2 bru aku tahu CIkgu CHoong nie mcm mane, dia baik, x kira bangsa, (lgi2 skolah aku 99% melayu) die bgtau dlu sbb then bru die rotan, bdk x halang, sbb mmg slh dorg, die mmg blh d glar sbagai GURU, aku respek dia, lbh2 lgi die yg tlng menubuhkan kelab bsket kat skolah 2...blh kata bl pk pasal die xde pk buruk, bayng kan kumpulan nasyid pon die escort...NASYID 2 beb...die x kire bangsa, x kire agama, mmg die mengikut ikrar yg guru2 slalu laungkan ms hari guru...

tp...............
semalam...aku dpt berite dr mantan ketua pengawas aku, yg die dh pergi buat selamanya, padam lah 1 lilin yang telah berjasa menerangi warga STAR 1 ketika dulu..die diktakn menghidapi kanser hati, dan telah terlantar 3 bulan d hospital..memang agak mengejutkan bg aku kerana dia bolah dikatakn muda lgi...tp dh ajal...aku terdiam seketika padahal sbelum dapt berita aku tngh melalak nyanyi lagu Slam-Kembali merindu, diam...sunyi...ntah lah ak rase aku kehilangan n aku x smpt nk tunjuk ape hasil didikan dia dlu (maksud aku bl d keje lah) kalau x kerana dia n guru2 lain mustahil aku mcm skunk/skarng...semoga jasa yang dia taburkan untuk warga star tidak disia2kan, dia dh bnyk memberi tunjuk ajar wlpn x formal, tp bg yang memahami pasti dpt diselitkan dlm kehidupan harian...jadi buktikan lah yang kita mapu berjaya, ingatlah usaha kita cuma sedikit sahaja jika d bnding kan 'highway' yg guru2 kita sediakn...ingat Cikgu Choong ingat taik palat...

Tuesday, November 3, 2009

Seorang petani mempunyai sebatang pokok rambutan yang cukup merimbun.Dahannya berceracak ke sana dan ke mari. Dan setiap dahan itu pula,menghasilkan rimbunan buah yang cukup lebat. Pada awalnya si petani berasacukup girang menantikan masa ranum. Namun ketika tiba masanya, petanitersebut menjadi hampa. Kerana pokok yang rimbun itu berbuah masam rupanya.

Apa yang harus si petani lakukan? Menebang terus pokok tersebut? Rugi pula.Mungkin pokok ini akan berbuah yang lebih baik di musim hadapan. Cantas kesemua dahannya agar nanti tumbuh dahan yang baru? Semoga nanti dahan yang baru ini akan menghasilkan buah yang enak? Atau abaikan sahaja pokok tersebut? Kerana tidak mungkin lagi ia akan menghasilkan buah yang baru?
Jika si petani melakukan salah satu atau kesemua langkah yang tersenarai diatas, pastinya si petani akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.Kerana pokok itu tidak terhasil dengan sendirinya. Banyak peluh yang telah dititiskan oleh petani tersebut. Maka, bukankah lebih elok jika si petanimembaja dahulu akar pokok tersebut. Sebelum dicantas dahannya, kan lebihdiperiksa akarnya terlebih dahulu?

Sebenarnya kehidupan kita ini umpama pokok rambutan tersebut. Rimbunan daundan dahan yang berceracak itu umpama harta dunia yang kita miliki. Manakalabuahnya adalah hasil iaitu keseronokan hidup yang kita rasai. Pohon yangrimbun belum tentu menghasilkan buah yang cukup baik. Begitu juga hartayang banyak belum tentu menjanjikan kebahagiaan.

Akar pokok itu melambangkan jiwa atau rohani kita manakala bajanya adalahiman dan taqwa. Mungkin dalam kes ini, si pokok masih lagi mampu mencarimakanan melalui akarnya namun, zat yang diperolehi tidak mencukupi ataubukan yang terbaik. Dan begitulah hidup kita. Mungkin kita rasakan segalaamalan yang kita lakukan telah mencukup sedangkan pada hakikat, kita masihbelum menemui kemanisan hidup.

Kemanisan hidup ini kita takkan perolehi dengan harta benda. Biarpun kitamiliki gedung2 mewah yang bernilai ratusan juta ringgit, atau mungkinladang yang luasnya puluhan ribu ekar, itu semua tidak menjanjikankemanisan hidup buat kita. Kerana, harta benda hanya akan membuat jiwa kitamenjadi semakin kosong dan semakin layu jika kita terlalu mengejarnya.

Kata orang, agama dijunjung, dunia dijinjing. Kalau goyang agama, makalepaskanlah dunia dan selamatkanlah agama terlebih dahulu. Namun ada jugayang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Kata mereka, dunia dan akhiratharus dipegang sama. Jangan jatuh salah satu. Harus sama rata. Iyakah?Mungkin. Tetapi, apakah boleh kita memegang keduanya dengan sama eratnya?
Jawapannya tidak. Sama sekali tidak. Cubalah. Jika kita mengejar dunia,pasti akhirat kita akan keciciran. Betul, walaupun bekerja kita tetap jugabersolat. Tetapi, seawal manakah solat kita itu didirikan? Sejauh manakahpula khusuknya jika asyik teringatkan tugasan yang belum dibereskan? Nyatatidak akan wujud keseimbangan antara dunia dan akhirat di dalam jiwa kita.

Namun kata orang lagi, dunia itu ibarat bebayang. Semakin kita mengejarmaka semakin ia menjauh. Manakala akhirat pula umpama matahari. Semakinkita kejar matahari, maka semakin pula bebayang tadi mengejar kita. Iaitu,seandainya kita terus mengejar akhirat, percaya atau tidak bahawa duniaakan mengejar kita. Lalu kita tidak perlu mengejar dunia lagi.

Tetapi amat sukar untuk menetapkan hati untuk mengejar akhirat semata.Kerana akhirat tidak kelihatan di mata. Walaupun kita cukup sadari bahawasetiap amalan akan beroleh balasan, namun yang kita sering titik beratkanadalah balasan yang tampak di mata. Justeru tidak hairanlah seharian kita(termasuk saya) terus-terusan mengejar dunia lebih dari akhirat itusendiri.

Hingga akhirnya kita hanyut dalam arus kehidupan namun masih lagi terlupa.Dan apa yang lebih menyedihkan, kita tidak sadar akan kesilapan yang telahkita lakukan. Terus2an mengejar bayang2 dan meninggalkan matahari dibelakang. Hingga akhirnya hari pun malam. Dan apabila kita tersedar, sudahterlalu lewat. Matahari sudah tidak akan terbit lagi. Wana'uzubillahiminzalik...

Hidup ini sebenarnya umpama secawan air suam. Lalu kita masukkan gula yangberupa harta, keluarga dan segala macam nikmat dunia. Walaupun kini air itutelah menjadi manis, namun ianya tidak mempunyai sebarang perasa yang mampumenambat hati kita. Lalu kita taburkan pula serbuk untuk menambah rasa.Barulah ianya enak untuk dinikmati.

Itulah peranan iman di dalam hidup. Mungkin bagi sesetengah orang,kemanisan gula sudah memadai. Namun kehadiran kopi akan menjadikan air itulebih berselera untuk diminum. Hanya, seberapa banyak serbuk kopi yangperlu kita taburkan, bergantung kepada keperluan kita sendiri. Bagi yangberjaga malam, tentunya mereka lebih gemarkan kopi yang lebih pekat atau 'kaw'.

Begitulah sebuah kehidupan. Benar, tanpa iman di dalam jiwa, kita masihmampu menikmati kehidupan yang ada. Namun, dengan kekuatan dan ketebalaniman, segala harta dan nikmat dunia ini akan menjadi lebih sempurna.Walaupun kita tetap juga mengejar dunia, namun kita tahu ada masa untukkita berehat untuk minum secawan kopi. Tanpa iman, kita sendiri yangkeletihan kerana berlari tanpa henti.

Namun adakalanya kopi yang dibancuh tersalah adunan. Mungkin terlebihkopinya atau mungkin terlebih gula. Jika ditambah gula atau kopi lagi,bimbang nanti airnya akan menjadi semakin pekat pula akhirnya. Dipenghujungnya, kita juga yang bakal kehilangan selera. Tetapi kopi yangsebegitu tidak perlu dibuang. Tidak salah jika kita membancuh semula.

Bahagikanlah kepada 2 bahagian kemudian tambahkan lagi air dan bancuhlah semula mengikut resepi yang sepatutnya. Kini kita telah punyai 2 cawan kopi. Jadi bolehlah kita berkongsi kenikmatan yang sama dengan rakan kita.Itulah hebatnya agama Islam. Kerana Allah yang mencipta manusia, maka Allahtahu kelemahan kita. Kerana itulah Dia telah menyediakan jalan untukbertaubat.

Kopi yang saya minum semakin lama semakin hilang 'kaw'nya. Kini, semakinmanis pula rasanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya membancuh semula.

Wednesday, August 5, 2009

tatkala bosan

NILAI HIDUP
Menjadi seorang perantau banyak mengajarku erti kehidupan ini. Aku turut menyedari akan erti hidup bersendirian. Perjalanan hidupku sebagai perantau bermula tatkala aku menyedari bahwa setiap insan di dunia ini juga pengembara seperti aku. Namun sesetengah daripada mereka ada yang bernasib baik dan juga sebaliknya. Sememangnya dugaan dan cabaran sentiasa menunggu perantau seperti aku. Hidupku ini tidak seperti insan-insan yang lain. Dengan kehidupan yang sentiasa bersendirian, kadangkala aku merasakan diriku ini disisih, ditolak, dan terasa terasing di muka bumi ini. Aku merasakan diriku tidak diperlukan dan tiada sebab untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Aku pernah cuba untuk menjadi seperti mererka, bergaul, berkata-kata, malah hidup seperti