Saturday, December 26, 2009

nothng much to tell


Tuesday, November 3, 2009

Seorang petani mempunyai sebatang pokok rambutan yang cukup merimbun.Dahannya berceracak ke sana dan ke mari. Dan setiap dahan itu pula,menghasilkan rimbunan buah yang cukup lebat. Pada awalnya si petani berasacukup girang menantikan masa ranum. Namun ketika tiba masanya, petanitersebut menjadi hampa. Kerana pokok yang rimbun itu berbuah masam rupanya.

Apa yang harus si petani lakukan? Menebang terus pokok tersebut? Rugi pula.Mungkin pokok ini akan berbuah yang lebih baik di musim hadapan. Cantas kesemua dahannya agar nanti tumbuh dahan yang baru? Semoga nanti dahan yang baru ini akan menghasilkan buah yang enak? Atau abaikan sahaja pokok tersebut? Kerana tidak mungkin lagi ia akan menghasilkan buah yang baru?
Jika si petani melakukan salah satu atau kesemua langkah yang tersenarai diatas, pastinya si petani akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.Kerana pokok itu tidak terhasil dengan sendirinya. Banyak peluh yang telah dititiskan oleh petani tersebut. Maka, bukankah lebih elok jika si petanimembaja dahulu akar pokok tersebut. Sebelum dicantas dahannya, kan lebihdiperiksa akarnya terlebih dahulu?

Sebenarnya kehidupan kita ini umpama pokok rambutan tersebut. Rimbunan daundan dahan yang berceracak itu umpama harta dunia yang kita miliki. Manakalabuahnya adalah hasil iaitu keseronokan hidup yang kita rasai. Pohon yangrimbun belum tentu menghasilkan buah yang cukup baik. Begitu juga hartayang banyak belum tentu menjanjikan kebahagiaan.

Akar pokok itu melambangkan jiwa atau rohani kita manakala bajanya adalahiman dan taqwa. Mungkin dalam kes ini, si pokok masih lagi mampu mencarimakanan melalui akarnya namun, zat yang diperolehi tidak mencukupi ataubukan yang terbaik. Dan begitulah hidup kita. Mungkin kita rasakan segalaamalan yang kita lakukan telah mencukup sedangkan pada hakikat, kita masihbelum menemui kemanisan hidup.

Kemanisan hidup ini kita takkan perolehi dengan harta benda. Biarpun kitamiliki gedung2 mewah yang bernilai ratusan juta ringgit, atau mungkinladang yang luasnya puluhan ribu ekar, itu semua tidak menjanjikankemanisan hidup buat kita. Kerana, harta benda hanya akan membuat jiwa kitamenjadi semakin kosong dan semakin layu jika kita terlalu mengejarnya.

Kata orang, agama dijunjung, dunia dijinjing. Kalau goyang agama, makalepaskanlah dunia dan selamatkanlah agama terlebih dahulu. Namun ada jugayang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Kata mereka, dunia dan akhiratharus dipegang sama. Jangan jatuh salah satu. Harus sama rata. Iyakah?Mungkin. Tetapi, apakah boleh kita memegang keduanya dengan sama eratnya?
Jawapannya tidak. Sama sekali tidak. Cubalah. Jika kita mengejar dunia,pasti akhirat kita akan keciciran. Betul, walaupun bekerja kita tetap jugabersolat. Tetapi, seawal manakah solat kita itu didirikan? Sejauh manakahpula khusuknya jika asyik teringatkan tugasan yang belum dibereskan? Nyatatidak akan wujud keseimbangan antara dunia dan akhirat di dalam jiwa kita.

Namun kata orang lagi, dunia itu ibarat bebayang. Semakin kita mengejarmaka semakin ia menjauh. Manakala akhirat pula umpama matahari. Semakinkita kejar matahari, maka semakin pula bebayang tadi mengejar kita. Iaitu,seandainya kita terus mengejar akhirat, percaya atau tidak bahawa duniaakan mengejar kita. Lalu kita tidak perlu mengejar dunia lagi.

Tetapi amat sukar untuk menetapkan hati untuk mengejar akhirat semata.Kerana akhirat tidak kelihatan di mata. Walaupun kita cukup sadari bahawasetiap amalan akan beroleh balasan, namun yang kita sering titik beratkanadalah balasan yang tampak di mata. Justeru tidak hairanlah seharian kita(termasuk saya) terus-terusan mengejar dunia lebih dari akhirat itusendiri.

Hingga akhirnya kita hanyut dalam arus kehidupan namun masih lagi terlupa.Dan apa yang lebih menyedihkan, kita tidak sadar akan kesilapan yang telahkita lakukan. Terus2an mengejar bayang2 dan meninggalkan matahari dibelakang. Hingga akhirnya hari pun malam. Dan apabila kita tersedar, sudahterlalu lewat. Matahari sudah tidak akan terbit lagi. Wana'uzubillahiminzalik...

Hidup ini sebenarnya umpama secawan air suam. Lalu kita masukkan gula yangberupa harta, keluarga dan segala macam nikmat dunia. Walaupun kini air itutelah menjadi manis, namun ianya tidak mempunyai sebarang perasa yang mampumenambat hati kita. Lalu kita taburkan pula serbuk untuk menambah rasa.Barulah ianya enak untuk dinikmati.

Itulah peranan iman di dalam hidup. Mungkin bagi sesetengah orang,kemanisan gula sudah memadai. Namun kehadiran kopi akan menjadikan air itulebih berselera untuk diminum. Hanya, seberapa banyak serbuk kopi yangperlu kita taburkan, bergantung kepada keperluan kita sendiri. Bagi yangberjaga malam, tentunya mereka lebih gemarkan kopi yang lebih pekat atau 'kaw'.

Begitulah sebuah kehidupan. Benar, tanpa iman di dalam jiwa, kita masihmampu menikmati kehidupan yang ada. Namun, dengan kekuatan dan ketebalaniman, segala harta dan nikmat dunia ini akan menjadi lebih sempurna.Walaupun kita tetap juga mengejar dunia, namun kita tahu ada masa untukkita berehat untuk minum secawan kopi. Tanpa iman, kita sendiri yangkeletihan kerana berlari tanpa henti.

Namun adakalanya kopi yang dibancuh tersalah adunan. Mungkin terlebihkopinya atau mungkin terlebih gula. Jika ditambah gula atau kopi lagi,bimbang nanti airnya akan menjadi semakin pekat pula akhirnya. Dipenghujungnya, kita juga yang bakal kehilangan selera. Tetapi kopi yangsebegitu tidak perlu dibuang. Tidak salah jika kita membancuh semula.

Bahagikanlah kepada 2 bahagian kemudian tambahkan lagi air dan bancuhlah semula mengikut resepi yang sepatutnya. Kini kita telah punyai 2 cawan kopi. Jadi bolehlah kita berkongsi kenikmatan yang sama dengan rakan kita.Itulah hebatnya agama Islam. Kerana Allah yang mencipta manusia, maka Allahtahu kelemahan kita. Kerana itulah Dia telah menyediakan jalan untukbertaubat.

Kopi yang saya minum semakin lama semakin hilang 'kaw'nya. Kini, semakinmanis pula rasanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya membancuh semula.

Wednesday, August 5, 2009

tatkala bosan

NILAI HIDUP
Menjadi seorang perantau banyak mengajarku erti kehidupan ini. Aku turut menyedari akan erti hidup bersendirian. Perjalanan hidupku sebagai perantau bermula tatkala aku menyedari bahwa setiap insan di dunia ini juga pengembara seperti aku. Namun sesetengah daripada mereka ada yang bernasib baik dan juga sebaliknya. Sememangnya dugaan dan cabaran sentiasa menunggu perantau seperti aku. Hidupku ini tidak seperti insan-insan yang lain. Dengan kehidupan yang sentiasa bersendirian, kadangkala aku merasakan diriku ini disisih, ditolak, dan terasa terasing di muka bumi ini. Aku merasakan diriku tidak diperlukan dan tiada sebab untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Aku pernah cuba untuk menjadi seperti mererka, bergaul, berkata-kata, malah hidup seperti

Accident.....hmmm





















Friday, April 17, 2009

Nature Best frenz


dawn...the beginning of the day 4 those who really appreciate the gift, but the end of a day for those always lost int their own world.



Went 4 Fishing Trip




Friday, March 27, 2009

Praktikal, Internship Programme, Industrial Training















Untuk MSI (Malaysian Spanish Institute), pelajarnya di wajibkan untuk melakukan praktikal sebagaimana kebanyakkan universiti yang lain...untuk semester terakhir ini, Miri merupakan lokasi di mana diri ini terpaksa menjalani pembelajaran di sebuah syarikat yang terlibat dalam industri Oil & Gas, yakni Oceancare Corporation..Sememangnya 1 peluang yang sukar di lepas kan oleh individu2 yang lain..Terlibat / menjadi sebahagian daripada Oceancare boleh dikatakan bertuah dengan suasana pekerjaan yang baik dan adanya 'keluarga' yang memahami dan saling bertolak ansur antara 1 sama lain..syarat utama untuk Industrial Training (INTRA) bagi MSI, pelajarnya hendaklah sekurang-kurangnya melakukan 1 projek yang diamanahkan oleh syarikat / organisasi tempat mereka bekerja..Pemena telah diamanahkan 1 projek yang mana pemena harus terlibat secara langsung dan berhadapan dengan klien, yakni terlibat dalam pameran bersama-sama vendor2 petronas yang lain. Acara yang berlangsung 3 hari 2 malam dan bertempat di Eastwood Golf and Country Club sememangnya dinantikan oleh vendor2 petronas yang mana 2 tahun lepas telah diadakan di kerteh terengganu. Presepsi pertama pemena sememangnya mengandaikan pameran seperti ini mudah dan mampu di lakukan sebagaimana pameran2 d university..tp semua anggapan itu hanya anggapan, rupanya pameran seperti ini adalah pameran yang amat penting kerna disinilah sesuatu syarikat mampu mendedahkan dan menarik perhatian klien2 baru sekaligus mampu menjanakan pendapatan syarikat. Bermula dari hal sekecil layout booth, wallpaper design hinggalah networking dinner, pemena terpaksa mengikuti semua program2 yang telah di rencanakan, boleh di lihat oleh pemena sendiri yang terasa amat kecil dan kurang pengalaman apabila berhadapan dengan dato', usahawan2 dan pengarah2 syarikat. namun pemena sempat mempelajari dan cuba memahami kehidupan golongan2 elit yang satu masa dulu impian pemena sendiri. seketika terdetik di hati pemena untuk melupakan impian itu kerna kehidupan golongan koperat bukanlah seindah yang di sangkakan..indah pada imiginasi kita tp realitinya amat berbeza, itulah ungkapan yang acapkali terngiang2 di dalam fikiran pemena....namun hidup masih diteruskan, lebih mudah belajar dari kesilapan org dari menunggu kita sendiri melakukan kesilapan tersebut dan ianya sudah terlambat untuk kita bangkit........

Thursday, January 29, 2009

Perjuangan Masih Belum Selesai
























Setelah bebeerapa tahun bersama-sama Shohabie (kumpulan nasyid UniKL MSI) diri ini dapat merasakan kedamaian akan Islam, walaupun satu ketika dahulu kita belajar Agama Islam tetapi tiada penghayatan akannya, kiniterbuktilah akan betapa luasnya ilmu Islam dan ajarannya. Ianya 1 pengalaman yang sukar digambarkan mahupun di luahkan melalui kata-kata, hanya golongan yang pernah mengalaminya akan mengerti. Di samping berpeluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan Shohabie, dapat juga diri ini melihat kepelbagaian karenah manusia di dunia ini. Sememangnya 1 peluang yang amat istimewa dan tidak di sangka-sangka, berpeluang untuk hidup di negeri orang dan yang paling istimewa dengan mudah dapat mengadaptasi dengan suasana. Sepanjang perjalanan hidup ini, Shohabie juga yang membangkitkan diri ini dari terus belayar dengan kejahilan. Shohabie merupakan kenangan yang amat bermakna. teruskan perjuangan Shohabie.