NILAI HIDUP
Menjadi seorang perantau banyak mengajarku erti kehidupan ini. Aku turut menyedari akan erti hidup bersendirian. Perjalanan hidupku sebagai perantau bermula tatkala aku menyedari bahwa setiap insan di dunia ini juga pengembara seperti aku. Namun sesetengah daripada mereka ada yang bernasib baik dan juga sebaliknya. Sememangnya dugaan dan cabaran sentiasa menunggu perantau seperti aku. Hidupku ini tidak seperti insan-insan yang lain. Dengan kehidupan yang sentiasa bersendirian, kadangkala aku merasakan diriku ini disisih, ditolak, dan terasa terasing di muka bumi ini. Aku merasakan diriku tidak diperlukan dan tiada sebab untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Aku pernah cuba untuk menjadi seperti mererka, bergaul, berkata-kata, malah hidup seperti
mereka, namun apa yang kurasakan itu bukan diriku, itu bukan yang ku mahu, mentaliti dan persepsi mereka jauh berbeda dari diriku yang sebenar. Kehidupan mereka tiada lain melainkan bergembira tanpa memikirkan impqknya di masa akan datang. Itulah yang menyebabkan diriku kadangkala hanya bergaul dengan insan-insan yang senasib dengan diriku. Insan-insan yang hanya diperlukan tika mereka didalam kesusahan, dan di lupakan tika senang. Insan-insan ini hanya mampu berdoa agar mereka di bukakan hatinya untuk mengenal nilai kehidupan yang sebenar dan menjauhi kehidupan yang penuh kejahilan. Kini aku semakin berani, aku tidak lagi gentar untuk berhadapan dengan mereka. Bagi ku merekalah yang mengasingkan diri, tidak mampu menerima realiti, sentiasa ingin tinggal di bawah lembayung yang selamat, takut akan risiko, dan sukar menerima perubahan. Malah diriku kini tidak lagi bersendirian, hatiku telahpun dimiliki, aku semakin yakin, sidia ku jadikan motivasi agar meneruskan hidup ini. Semua ini kulakukan agar dapat kurasakan nilai hidup yang sebenar.

No comments:
Post a Comment